Perkawinan kanak-kanak dan paksa Kesihatan seksual dan pembiakan

Amalan memaksa gadis muda berkahwin awal, yang biasa berlaku di banyak bahagian dunia, mengancam kesihatan reproduktif mereka. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia:[27]

Kesihatan seksual dan reproduktif wanita dalam perkahwinan kanak-kanak mungkin terancam, kerana gadis-gadis muda ini sering dipaksa melakukan hubungan seksual dengan pasangan lelaki yang lebih tua dengan pengalaman seksual yang lebih. Pasangan wanita sering tidak mempunyai status dan pengetahuan untuk berunding demi hubungan seks yang selamat dan amalan kontraseptif, lalu meningkatkan risiko mendapat HIV atau jangkitan seksual lain, serta kebarangkalian kehamilan pada usia awal.

Niger mempunyai kelaziman perkahwinan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tertinggi di dunia, manakala Bangladesh mempunyai kadar tertinggi perkahwinan kanak-kanak perempuan di bawah umur 15 tahun.[28] Amalan seperti harga pengantin dan mas kahwin boleh menyumbang kepada perkahwinan anak dan paksa.